بسم الله الرحمن الرحيم

Monday, July 19, 2010

Seni Khat









Ustaz Hj. Ahmad Bin Mustafa berhijrah ke tanah seuci mekkah seawal usianya 4 tahun pada tahun 1949, beliau mendapat pendidikan peringkat sekolah di kota mekkah sehingga menamatkan sekolah menengah, seterusnya beliau meneruskan pendidikan di Universiti Al Azhar , setelah menamatkan pengajian di Al Azhar beliau kembali ke mekkah , beliau berkerja sebagai pensyarah di Universiti Umul Qura , Mekkah , Selama 21 Tahun, beliau juga mengajar Seni Khat di Universiti Umul Qura serta kelas swasta yang lain. Setelah hampir 50 Tahun menetap di mekkah , beliau membuat keputusan untuk kembali ke tanah air tercinta. pada tahun 1997 beliau berhijrah semula ke malaysia, dan kini beliau menetap di Alor Setar , Kedah.

beliau masih meneruskan minatnya sebagai seorang Seni, di mana beliau membuka pusat Al Khat Al Arabi di tingkat dua Kompleks Souq Al Bukhary.

Di Pusat Al Khat Al Arabi, terdapat beberapa perkhidmatan seperti tempahan tulisan jawi pelbagai Saiz, Seperti papan tanda sekolah, tulisan masjid atau surau, tulisan name tage dalam jawi. dan juga menjual pelbagai jenis fream ayat quran.

beliau juga memegang jawatan sebagai Yang Di Pertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Negeri Kedah.

Ustaz Ahmad telah Menghasilkan beberapa buku khat antaranya, khat nasah, khat riqah, khat diwani, koleksi seni kat, doa ramadan, dan pelbagai buku lagi.

harapan Ustaz Ahmad agar seni khat dan tulisan jawi yang telah menjadi warisan islam serta warisan orang melayu akan terus di perjuangkan agar tidak hilang pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment